Muda umum tiga lagi calon PRN Johor

NURAFIQAH M ZULKIFLI, AZROL RAHANI, LIM WEI JIET
NURAFIQAH M ZULKIFLI, AZROL RAHANI, LIM WEI JIET
A
A
A

SEGAMAT - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Johor, Azrol Rahani merupakan antara tiga calon baharu parti itu yang diumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Azrol, 41, yang merupakan anak kelahiran Masai, Pasir Gudang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Cahaya Baru, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang I dan meneruskan pengajian di Kolej Yayasan Melaka dalam bidang Teknologi Animasi.

Sementara Nurafiqah M Zulkifli, 31, pula akan bertanding di kerusi DUN Bukit Kepong yang sebelum ini merupakan aktivis terlibat dalam kegiatan pemerkasaan masyarakat sivil dan program anak muda termasuk di Indonesia, Thailand, Myanmar, Kemboja, Singapura, Jerman dan Britain.

Nurafiqah merupakan anak jati Muar dan juga dibesarkan pasangan guru, mendapat pendidikan di SK Sultan Abu Bakar 2, Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa.

Sementara Lim Wei Jiet, 31, pula akan bertanding di DUN Tenang, merupakan seorang peguam, pengasas Muda, aktif dan pernah dinobatkan sebagai pendebat terbaik Austral Asia serta menjadi tokoh penerima Anugerah Minister of the Higher Education Cup.

Wei Jiet dilahirkan dan dibesarkan di Muar dan merupakan anak kepada pasangan guru, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) St Andrew Muar dan Sekolah Tinggi Muar sebelum menyambung pengajian ke Universiti Malaya.

Pengumuman tersebut dibuat Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Ibrahim dalam satu majlis khas di Taman Soon Chong, Labis di sini pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini empat calon Muda sudah diumumkan dengan calon Muda yang pertama, Setiausaha Agung Muda, Amira Aisya Abd Aziz diumumkan pada 14 Februari lalu untuk bertanding di kerusi DUN Puteri Wangsa.