Satelit kesan tapak berpotensi jadi tempat lupus sampah haram

Sze Han (tengah) ditemui pemberita di Dewan Hamzah Majlis Perbandaran Klang pada Isnin.
Sze Han (tengah) ditemui pemberita di Dewan Hamzah Majlis Perbandaran Klang pada Isnin.
A
A
A

KLANG - [DIKEMASKINI] Sebanyak 1,400 kawasan dipercayai berpotensi dijadikan tapak pelupusan sampah haram dikesan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menerusi cerapan imej satelit di Selangor.

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ng Sze Han bagaimanapun berkata, pihaknya sedang mengenal pasti status sebenar tapak-tapak berkenaan.

Menurutnya, data terperinci akan dikumpulkan dalam masa terdekat bagi membolehkan kerajaan negeri menguruskannya termasuk mengenakan tindakan penguatkuasaan dan pemantauan berterusan.

"Kita belum pasti (status tapak berkenaan) kerana kita belum membuat pengesahan dan setelit hanya boleh nampak dari atas tetapi kita perlu buat pemantauan untuk pengesahan.

"Kerajaan negeri akan mengambil tindakan terhadap mana-mana tapak dikesan sebagai tapak pelupusan sampah haram atau telah dijadikan sebagai tapak pelupusan haram.

"Tindakan penguatkuasaan akan dilakukan segera dan pemantauan juga akan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan aktiviti ini dapat dihentikan segera," katanya pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penghargaan Klang Sejahtera Ke Arah Pembangunan Mampan 2021/2022 di Dewan Hamzah Majlis Perbandaran Klang di sini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan telah mengadakan pertemuan dengan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri Selangor minggu lalu bagi memastikan perkara itu segera ditangani.

Artikel Berkaitan: