Brad Pitt saman Angelina Jolie jual ladang anggur di Perancis

Angelina Jolie dan Brad Pitt. - Agensi
Angelina Jolie dan Brad Pitt. - Agensi
A
A
A

LOS ANGELES - Pelakon terkemuka Hollywood, Brad Pitt menyaman bekas isterinya, Angelina Jolie selepas aktres itu menjual ladang anggur yang menjadi lokasi perkahwinan mereka tanpa persetujuannya.

Pitt dan Jolie yang juga pasangan berprofil tinggi telah membeli ladang anggur terletak di Chateau Miraval, selatan Perancis pada 2008 di mana mereka pernah mengikat tali pertunangan selama enam tahun di sana.

Namun, mereka memfailkan penceraian pada 2006 dan sering 'bertelagah' dalam mahkamah termasuk hak penjagaan untuk enam anak mereka.

Menurut tuntutan mahkamah yang difailkan Pitt di California pada Khamis lalu, pasangan itu telah bersetuju bahawa mereka tidak sesekali menjual kepentingan masing-masing di Miraval tanpa persetujuan.

Pitt mendakwa Jolie melanggar syarat perjanjian asal mereka dengan tidak memberitahunya untuk menjual ladang tersebut.

Difahamkan pasangan tersebut membayar 25 juta euro (RM117 juta) di mana Pitt menyumbang 60 peratus manakala Jolie sebanyak 40 peratus.

Pitt dan Jolie mempunyai tiga orang anak iaitu Shiloh serta pasangan kembar Knox dan Vivienne. Mereka juga mengambil tiga orang anak angkat iaitu Maddox, Zahara dan Pax. - AFP

Artikel Berkaitan: