Remaja hilang di Bentong ditemui di Kajang

Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Zaiham Mohd Kahar
Laporan Sinar Harian pada Jumaat. Gambar kecil: Zaiham Mohd Kahar
A
A
A

BENTONG - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di daerah ini 10 Februari lalu ditemui dalam keadaan selamat di Kajang, Selangor pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, P Pavitra ditemui kira-kira jam 3.30 pagi ketika bersama rakan perempuan berusia 17 tahun di sebuah perhentian bas.

Menurutnya, hasil semakan kad pengenalan remaja terbabit mendapati salah seorang daripada mereka merupakan mangsa yang dilaporkan hilang sebelum ini.

"Siasatan awal mendapati remaja itu melarikan diri ke rumah rakan di satu kawasan di Kajang menggunakan khidmat e-hailing.

"Mangsa tinggi bersama rakan hampir enam hari sebelum berjaya ditemui," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Zaiham berkata, mangsa dibawa pulang dan telah dirujuk ke Hospital Bentong untuk pemeriksaan kesihatan.

"Saya berterima kasih kepada orang ramai yang prihatin menyalurkan maklumat dalam membantu mencari remaja itu," katanya.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari itu dilaporkan hilang selepas tiada di sekolah dan tidak pulang ke rumah pada hari kejadian.

Artikel Berkaitan:

Remaja itu dipercayai tinggal bersama ibu saudaranya hampir setahun lalu manakala ibu bapanya menetap di Kuala Lumpur.