Polis mohon bantuan kesan remaja hilang

Pavitra - Foto ihsan PDRM
Pavitra - Foto ihsan PDRM
A
A
A

BENTONG - [DIKEMAS KINI] Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dipercayai hilang sejak Khamis.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, remaja terbabit, P Pavitra, 16, dipercayai tiada di kawasan sekolah pada hari kejadian.

Menurutnya, satu laporan polis dibuat kira-kira jam 4.41 petang berikutan kehilangan remaja itu yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketari di sini.

"Hasil siasatan awal, mangsa tidak pulang ke rumah selepas waktu persekolahan.

"Remaja itu dipercayai tinggal bersama ibu saudaranya hampir setahun manakala ibu bapanya menetap di Kuala Lumpur.

"Ibu saudara remaja yang berusia 48 tahun menerima panggilan daripada bapa mangsa yang memaklumkan telah menerima panggilan daripada pemandu van seorang lelaki tempatan berusia 60 tahun iaitu mangsa tidak menaiki kenderaan itu selepas tamat waktu persekolahan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, orang ramai yang melihat mangsa dimohon supaya menghubungi IPD Bentong di talian 09-2222222 atau melaporkan ke mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan: