87 pengunjung, tiga pemilik pusat hiburan dikompaun

Antara pengunjung di sebuah pusat hiburan yang dikompaun kerana melanggar SOP Fasa Empat PPN.
Antara pengunjung di sebuah pusat hiburan yang dikompaun kerana melanggar SOP Fasa Empat PPN.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis mengeluarkan kompaun RM90,000 kepada tiga pemilik dan 87 pengunjung pusat hiburan di sini kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada Jumaat.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob berkata, kesemua pemilik premis dan pengunjung dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang.

"Hasil serbuan mendapati kesemua pusat hiburan tersebut telah beroperasi serta melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit PPN 4 2021," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Dalam pada itu, Azman menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi segala SOP yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan Covid-19.

"Operasi seperti ini akan terus dipertingkatkan lagi dalam usaha membantu kerajaan mengawal penularan wabak Covid-19 demi kesejahteraan masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan: