Kerajaan tidak pernah paksa ibu bapa vaksin anak: PM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) beramah mesra bersama para usahawan-yang hadir pada Karnival Usahawan dan Koperasi Malaysia di Dewan Taman Nusantara dekat Gelang Patah, hari ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) beramah mesra bersama para usahawan-yang hadir pada Karnival Usahawan dan Koperasi Malaysia di Dewan Taman Nusantara dekat Gelang Patah, hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan tidak pernah memaksa ibu bapa untuk membenarkan anak mereka mengambil vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dakwaan segelintir ibu bapa kononnya kerajaan memaksa program PICKids terhadap kanak-kanak adalah tidak benar.

"Tiada paksaan dan ia terbuka kepada ibu bapa yang mahu anak mereka divaksin. Vaksin dos pertama pun dulu ramai takut namun lepas itu ramai berabut-rebut pula.

"Cuma vaksin untuk kanak-kanak ini benda baharu, jadi ia normal. Ini kerana terlalu banyak cerita bukan-bukan yang tular.

"Kita tidak salahkan rakyat. Walaupun KKM sudah beri jaminan, namun ramai ibu bapa yang bimbang. Tetapi difahamkan semakin ramai ibu bapa hantar anak-anak mereka untuk divaksin," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Usahawan dan Koperasi Keluarga Malaysia di Taman Nusantara di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad.

Sebelum itu, media melaporkan seramai 341,960 atau 9.6 peratus populasi kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19 melalui PICKids, setakat Khamis.

Artikel Berkaitan:

Jumlah itu mencatatkan peningkatan hampir 50,000 orang berbanding kelmarin yang merekodkan 289,912 kanak-kanak atau 8.2 peratus kumpulan usia sama.