Mayat peniaga kereta terjunam dalam sungai ditemui

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

BESUT – Mayat seorang peniaga yang dikhuatiri lemas setelah kenderaan dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jambatan Tembila, di sini berjaya ditemui pada jam 5.52 petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, jasad Shukri Wahab, 52, ditemui tersangkut pada pukat yang dipasang oleh orang awam pada jarak enam kilometer dari lokasi kejadian.

“Pengecaman dilakukan oleh anak mangsa dan jenazah yang berasal dari Kelantan terus dihantar ke Unit Forensik, Hospital Daerah Besut pada jam 6.45 petang untuk tindakan lanjut,” katanya di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Abdul Rozak berkata, dengan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat mangsa yang disertai 77 anggota dari pelbagai agensi penyelamat ditamatkan secara rasmi pada jam 7 malam, selepas lebih 36 jam diaktifkan.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan seorang peniaga dikhuatiri lemas setelah kenderaan dipandu terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jambatan Tembila, di sini kira-kira jam 6 pagi.

Shukri yang memandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux hilang, manakala isterinya, Azizah Mohamad Yusof, 51, ditemui berpaut pada sebatang pokok di tebing sungai kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian sekitar jam 9.25 pagi.

Pasangan suami isteri itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Kelantan ke Kuala Terengganu.

Artikel Berkaitan: