PRN Johor medan ajar golongan angkuh: Pas Johor

Muhyiddin (empat dari kiri) melancarkan jentera Bersatu Bahagian Mersing di Pentas Perikatan Nasional DUN Tenggaroh PRN Johor di pekarangan Learning Centre Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3, Mersing, pada malam Rabu.
Muhyiddin (empat dari kiri) melancarkan jentera Bersatu Bahagian Mersing di Pentas Perikatan Nasional DUN Tenggaroh PRN Johor di pekarangan Learning Centre Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3, Mersing, pada malam Rabu.
A
A
A

MERSING - Pas Johor menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah medan terbaik mengajar golongan yang angkuh dan mementingkan diri.

Pesuruhjaya Pas negeri, Abdullah Husin berkata, sikap yang ditonjolkan golongan berkenaan tidak baik untuk memimpin negara atau negeri.

Beliau yakin sekiranya mendapat kuasa sesuatu yang 'tidak baik' akan berlaku pada masa akan datang.

"Sebagaimana disebutkan saudara pengacara majlis tadi bahawa sesuatu yang berlaku ini menjadi iktibar kepada kita.

"Tidak sepatutnya seseorang itu atau sesuatu golongan itu merasa sombong dan bongkak apabila dia merasakan ada kekuatan dan melupakan kawan-kawan. Bukan sahaja melupakan tetapi bahkan menghina kawan dan seumpamanya.

"Untuk memastikan masa depan negara kita, maka kita mestilah berani membuat perubahan dan dengan izin ALLAH SWT dengan penyatuan dan gabungan antara Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dalam PN," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Pentas Perikatan Nasional DUN Tenggaroh PRN Johor di pekarangan Learning Centre Sentuhan Kasih Felda Tenggaroh 3, Mersing, pada malam Rabu.

Beliau mengingatkan diri dan juga ahli Pas termasuk jentera pilihan raya supaya bersama-sama berusaha membuktikan kekuatan serta kesungguhan untuk mencapai kemenangan dalam PRN Johor nanti.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pemerhati-pemerhati politik melihat bahawa PRN Johor yang akan berlangsung tidak lama lagi merupakan satu kayu ukur untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang.