Gangguan bekalan air di tiga daerah

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Berlaku gangguan bekalan air di beberapa kawasan di daerah Petaling, Hulu Langat dan Sepang hari ini, berikutan gangguan bekalan elektrik di Seri Kembangan.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, gangguan bekalan elektrik tersebut menyebabkan semua rumah pam di sekitar Seri Kembangan tidak dapat beroperasi.

Menurutnya, kawasan yang tersenarai dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual secara berperingkat.

"Pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan berlaku trip di Serdang Raya dan tindakan sedang diambil bagi memulihkan bekalan elektrik.

"Pihak Air Selangor akan memantau keadaan dan mengambil segala tindakan perlu bagi memulihkan dan menstabilkan bekalan di kawasan terjejas," katanya.

Kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air disebabkan gangguan elektrik di Seri Kembangan, hari ini.
Kawasan terlibat dengan gangguan bekalan air disebabkan gangguan elektrik di Seri Kembangan, hari ini.

Dalam pada itu, pihak Air Selangor memaklumkan, tempoh pemulihan bergantung kepada pengaktifan semula bekalan elektrik dan pengoperasian rumah pam.

"Kerjasama pelanggan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini amatlah dihargai dan pihak kami akan mengambil segala tindakan perlu bagi mempercepatkan pemulihan.

Artikel Berkaitan:

"Pengguna boleh rujuk aplikasi telefon pintar 'Air Selangor' serta laman sesawang www.syabas.com.my untuk senarai kawasan terjejas dan status terkini yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya.