Harga RON97 naik enam sen

Harga runcit bagi RON97 naik sebanyak enam sen seliter kepada RM3.27 bagi tempoh 17 hingga 23 Februari. Foto hiasan
Harga runcit bagi RON97 naik sebanyak enam sen seliter kepada RM3.27 bagi tempoh 17 hingga 23 Februari. Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Harga runcit bagi RON97 naik sebanyak enam sen seliter kepada RM3.27.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi kenyataannya memaklumkan harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter.

"Harga runcit diesel juga kekal pada paras RM2.15 seliter," katanya pada Rabu.

Kementerian itu berkata, harga itu ditetapkan bagi tempoh 17 hingga 23 Februari.

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling," katanya.

Artikel Berkaitan: