Harga petrol, diesel kekal seminggu lagi

Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh bermula esok sehingga 28 Jun ini. - Gambar hiasan
Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh bermula esok sehingga 28 Jun ini. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh bermula esok sehingga 28 Jun ini, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

MOF, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan harga RON97 kekal pada paras RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian tersebut memaklumkan kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama