Harga petrol, diesel kekal bagi tempoh 15-21 Jun

Harga RON97 kekal pada paras RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter). - Gambar hiasan
Harga RON97 kekal pada paras RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter). - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal bagi tempoh 15 hingga 21 Jun, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

MOF dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga RON97 kekal pada paras RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kementerian Kewangan memaklumkan, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Bernama