Makmal dadah diserbu, enam ahli sindiket ditahan

Mior Faridalathrash (dua dari kiri) menunjukkan dadah dan alat memproses bahan terlarang yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah sewa yang dijadikan makmal dadah di Meru Raya pada Ahad lalu.
Mior Faridalathrash (dua dari kiri) menunjukkan dadah dan alat memproses bahan terlarang yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah sewa yang dijadikan makmal dadah di Meru Raya pada Ahad lalu.
A
A
A

IPOH - Polis berjaya membongkar sindiket pemproses dan mengedar dadah selepas menyerbu sebuah rumah sewa yang dijadikan makmal di Meru Raya di sini pada Ahad lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, sebanyak 10.56 kilogram (kg) dadah jenis heroin dan syabu bernilai RM167,268 dirampas dalam serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Perak.

Menurutnya, enam lelaki berusia 21 hingga 39 tahun yang disyaki ahli sindiket terbabit turut ditahan di lima lokasi berasingan antara jam 7.20 petang hingga 9.45 malam pada Isnin di sekitar negeri ini dan Negeri Sembilan.

"JSJN Bukit Aman membongkar sebuah makmal haram dan merampas 9.42kg heroin dan syabu 1.14kg bersama bahan-bahan kimia serta peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah.

Antara lima kenderaan dirampas daripada suspek yang disyaki terlibat dalam memproses dan mengedar dadah di Perak dan Negeri Sembilan.
Antara lima kenderaan dirampas daripada suspek yang disyaki terlibat dalam memproses dan mengedar dadah di Perak dan Negeri Sembilan.

"Sindiket ini dipercayai aktif sejak pertengahan tahun lalu dan siasatan awal mendapati dadah berkenaan diedar bagi pasaran Perak dan Negeri Sembilan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Mior Faridalathrash berkata, lima kereta termasuk kenderaan mewah jenis BMW dan barang kemas bernilai RM181,5000 disita mengikut Akta Dadah Berbahaya (pelucuthakan harta) 1988.

"Jumlah dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada 52,800 orang penagih.

"Keenam-enam suspek mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan awal yang dijalankan mendapati dua daripadanya positif jenis ganja serta opiat," katanya.

Beliau berkata, kesemua suspek direman selama enam hari sehingga Sabtu ini untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.