Sila log masuk terlebih dahulu.

Suspek larikan Ford Ranger di Tumpat sudah ditahan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang melarikan diri dalam kejadian samun sebelum kenderaan dinaiki tiga rakannya terbakar didapati berada dalam senarai sebagai orang dikehendaki kerana melarikan individu dengan salah.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang lelaki yang melarikan diri dalam kejadian samun sebelum kenderaan dinaiki tiga rakannya terbakar didapati berada dalam senarai sebagai orang dikehendaki kerana melarikan individu dengan salah.
A
A
A

TUMPAT - Seorang lelaki yang melarikan diri selepas dipercayai terbabit dengan kejadian samun kenderaan sebelum kereta dinaiki tiga rakannya terbakar dalam kejadian di Jalan Wakaf Bharu-Palekbang di sini 3 Februari lalu, berjaya ditahan polis pada Isnin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Kota Bharu pada jam 4.30 petang.

“Suspek ditahan sepasukan anggota Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di hadapan sebuah kedai makan di Jalan Kampung Dusun, Kota Bharu.

“Suspek dipercayai terbabit dalam kes samun kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger di daerah Tumpat pada 3 Februari lalu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Seminar Keselamatan pada Program Community Policing Ketua Polis Kelantan bersama Penggawa dan Penghulu Daerah Tumpat di Pantai Seri Tujuh di sini pada Isnin.

Hadir sebagai penceramah, Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, Superintendan Mohd Rusli Mat

Ujar beliau, ujian urin suspek didapati negatif dadah manakala hasil semakan mendapati dia memiliki satu rekod lampau berkait kesalahan pemerasan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan orang dikehendaki mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan orang dengan salah.

Shafien (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mohd Rusli (dua dari kanan) selepas Majlis Penutupan Seminar Keselamatan pada Program Community Policing Ketua Polis Kelantan bersama Penggawa dan Penghulu Daerah Tumpat di Pantai Seri Tujuh di sini pada Isnin.
Shafien (dua dari kiri) menyampaikan cenderamata kepada Mohd Rusli (dua dari kanan) selepas Majlis Penutupan Seminar Keselamatan pada Program Community Policing Ketua Polis Kelantan bersama Penggawa dan Penghulu Daerah Tumpat di Pantai Seri Tujuh di sini pada Isnin.

“Suspek mengaku bekerja sebagai penarik kereta dan polis turut menerima beberapa laporan kejadian tarik kereta daripada mangsa-mangsa lain dipercayai ada kaitan.

Artikel Berkaitan:

“Suspek ditahan reman selama empat hari berkuat kuasa pada Selasa sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 396/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan,” katanya.

Dalam perkembangan berkait seminar berkenaan, katanya, polis bercadang mewujudkan kerjasama dengan pemimpin setempat melalui Projek Satu Penghulu, Satu Polis dan mengadakan Program Jihad Dadah Cakna Masyarakat dalam tempoh terdekat.

“Polis amat menuntut kerjasama dan perlu mendekati pemimpin daripada akar umbi bagi membantu usaha pencegahan jenayah termasuk cabaran berdepan penyeludupan di daerah bersempadanan dengan negara jiran.

“Selainnya, tidak ada pengurangan dalam kes dadah juga memerlukan satu tindakan wajar dilakukan bagi mewujudkan kampung yang bersih dan sifar penagih dadah,” katanya.