Tiga maut termasuk dua rentung dalam kereta

Tiga maut dengan dua daripadanya rentung selepas kereta jenis Honda HR-V yang dinaiki mereka terbabas dan terbakar di Jalan Wakaf Bharu - Palekbang, Tumpat pada pagi Khamis.
Tiga maut dengan dua daripadanya rentung selepas kereta jenis Honda HR-V yang dinaiki mereka terbabas dan terbakar di Jalan Wakaf Bharu - Palekbang, Tumpat pada pagi Khamis.
A
A
A

TUMPAT - [DIKEMAS KINI] Tiga maut dengan dua daripadanya rentung selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda HR-V yang dinaiki mereka terbabas dan terbakar di Jalan Wakaf Bharu - Palekbang di sini pada awal pagi Khamis.

Dalam kejadian jam 2 pagi itu, kereta berkenaan datang dari Cabang Tiga Kepulau menghala ke Wakaf Bharu.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, siasatan awal mendapati sebaik tiba di lokasi kereta tersebut dipercayai terbabas menyebabkan seorang daripada mereka tercampak keluar beberapa meter dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kereta tersebut dipercayai terbabas menyebabkan seorang daripada mereka tercampak keluar beberapa meter dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kereta tersebut dipercayai terbabas menyebabkan seorang daripada mereka tercampak keluar beberapa meter dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Dua lagi rakannya rentung dalam kereta yang sedang terbakar dan kita sedang mengenal pasti identiti mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Menurutnya, kejadian itu turut menyebabkan sebuah lagi kereta terbakar iaitu Proton Wira milik penduduk kampung yang diparkir berhampiran serta sebuah rumah kosong yang mengalami 30 peratus kebakaran.

Katanya, semua mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

Artikel Berkaitan: