Warga emas ditahan pukul jiran guna penyodok

Cermin tingkap penumpang hadapan pecah dipukul dengan menggunakan penyodok longkang ketika mangsa cuba selamatkan diri, semalam.
Cermin tingkap penumpang hadapan pecah dipukul dengan menggunakan penyodok longkang ketika mangsa cuba selamatkan diri, semalam.
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Seorang lelaki cedera dan lebam di lengan selepas diserang jirannya dengan menggunakan penyodok longkang di Kampung Muhibbah di sini, semalam.

Kejadian sekitar jam 10.30 pagi itu tercetus apabila mangsa berusia 40 tahun menghalau dua anjing milik wanita warga emas berusia 72 tahun yang berada di hadapan pagar rumahnya.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Rozeni Ismail berkata, mangsa yang baru tiba di rumah telah menghalau anjing berkenaan menyebabkan suspek marah lalu berlaku pertengkaran mulut.

"Mangsa tiba di rumahnya untuk memberi makan kepada ikan yang dibela. Mangsa hanya singgah sekali sekala kerana tinggal di kediamannya di Sungai Buloh.

"Suspek terlihat mangsa menghalau haiwan peliharaannnya lalu berlaku pertengkaran. Ketika itulah, suspek mengambil penyodok lalu memukulnya menyebabkan mangsa cedera," katanya.

Menurutnya, kenderaan mangsa turut rosak di bahagian cermin penumpang hadapan selepas dihentam oleh suspek ketika mangsa cuba menyelamatkan diri dengan menaiki keretanya.

"Dalam kejadian ini, mangsa sempat merakam tindakan suspek yang menyerang dan memukulnya. Suspek telah ditahan dan penyodok longkang terbabit turut dirampas.

"Mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Siput dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan cedera dengan menggunakan senjata," katanya.

Artikel Berkaitan: