Lebih 5,000 pelajar USIM dibenar pulang ke kampus

Sebanyak 70 peratus atau jangkaan lebih 5,000 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, dibenarkan kembali ke kampus memulakan Semester II, sesi akademik 2021/2022 bermula 21 Mac ini. - Gambar hiasan
Sebanyak 70 peratus atau jangkaan lebih 5,000 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, dibenarkan kembali ke kampus memulakan Semester II, sesi akademik 2021/2022 bermula 21 Mac ini. - Gambar hiasan
A
A
A

NILAI - Sebanyak 70 peratus atau jangkaan lebih 5,000 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, dibenarkan kembali ke kampus memulakan Semester II, sesi akademik 2021/2022 bermula 21 Mac ini.

Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin berkata, pelajar dibenarkan pulang ke kampus bagi meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

"Aktiviti PdP di USIM secara bersemuka adalah dibenarkan untuk pelajar yang telah lengkap vaksinasi dan melepasi tempoh keberkesanan vaksin dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Aktiviti PdP yang telah ditetapkan adalah secara hibrid mengikut program pengajian. Bagi pelaksanaan mengikut kursus pula ia akan dilaksanakan berdasarkan tiga kaedah iaitu bersemuka sepenuhnya, secara bersemuka dan dalam talian atau secara dalam talian sepenuhnya, "katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, fakulti akan merancang kaedah PdP 'segerak dan tidak' segerak' dengan mengambil kira kemampuan data dan capaian internet pelajar.

Tambah beliau, Fakulti dan Bahagian Pengurusan Akademik juga akan merancang jadual pengkuliahan mengikut SOP ditetapkan seperti pematuhan penggunaan kapasiti ruang sebanyak 50 peratus dan sebagainya.

“Bagi kaedah pelaksanaan pemeriksaan akhir, ia akan dilaksanakan secara bersemuka atau secara dalam talian seperti amalan biasa atau penilaian akhir gantian individu seperti 'take-home-exam, open-book-exam dan reflection essay' bergantung kepada kesesuaian program pengajian” katanya.

Ujarnya, USIM akan berusaha untuk memastikan penyampaian program pengajian secara dalam talian atau hibrid adalah berkesan dan mencapai kualiti program yang ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama katanya, aspek kebajikan pelajar diberi perhatian agar kesihatan fizikal dan mental mereka sentiasa berada pada tahap yang baik.

"Bagi pelajar yang berada di kolej-kolej kediaman, Pusat Perumahan Pelajar (PRUPEL) akan mengusahakan gelembung selamat kampus antaranya dengan menghadkan kawalan keluar masuk pelajar dalam waktu ditetapkan agar dapat mengurangkan risiko jangkitan.

"Bilik Gerakan Covid-19 USIM turut beroperasi bagi menyelaras maklumat dan tindakan pencegahan dalam membendung penularan wabak Covid-19,"katanya.