MU perlu kekal momentum

Pemain United perlu kekalkan momentum kemenangan. - Foto Getty Images
Pemain United perlu kekalkan momentum kemenangan. - Foto Getty Images
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ralf Rangnick mengingatkan pemain untuk meneruskan momentum kemenangan berdepan Brighton dalam usaha memburu kedudukan empat terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Menurut Rangnick, kedudukan pada tangga kelima ketika ini dilihat masih belum selamat berikutan beberapa pasukan yang mengekori rapat skuad The Red Devils itu memiliki kelebihan satu atau dua perlawanan.

“Kita tidak boleh lagi keciciran mata selepas ini. Pasukan-pasukan di belakang kita semakin hampir untuk memintas dan mereka ada kelebihan satu atau dua perlawanan.

“Oleh itu, semua pemain perlu kekal fokus selain berusaha sebaik mungkin untuk mempertahankan kelebihan yang dimiliki jika mahu menamatkan musim ini dengan berada pada kedudukan empat terbaik,” katanya.

United kini berada pada kedudukan kelima carta EPL dengan 40 mata setelah mengharungi 24 perlawanan.

Bagaimanapun kedudukan itu dilihat masih belum selamat berikutan beberapa pasukan lain seperti Arsenal, Wolverhampton Wanderers, Tottenham Hotspur dan malah Brighton mengekori rapat dengan kelebihan satu atau dua perlawanan.

Sementara itu, Rangnick turut berharap agar skuad kendaliannya itu mampu melakar lebih banyak kemenangan pada baki saingan musim ini.

Katanya, kesemua kemenangan berkenaan penting bagi memastikan United meraih mata yang diperlukan bagi menamatkan saingan musim ini pada kedudukan yang lebih baik.

Artikel Berkaitan:

“Kita sering kehilangan mata atas kelalaian kita sendiri. Lihat sahaja perlawanan dengan Aston Villa yang berakhir dengan 2-2 dan Burnley di mana kita akhirnya terikat 1-1, sedangkan kita mendahului 2-0 dan 1-0.

“Oleh itu, perkara seperti ini tidak boleh berulang kerana kita perlu meraih mata maksimum dan mencapai sasaran berada di kedudukan empat terbaik,” katanya.