Polis kesan pemandu Persona tular

Pada Ahad, tular video berdurasi tiga minit memaparkan tindakan pemandu kereta Proton Persona bertindak memandu melulu dipercayai berlaku di Jalan Tun Razak di sini.
Pada Ahad, tular video berdurasi tiga minit memaparkan tindakan pemandu kereta Proton Persona bertindak memandu melulu dipercayai berlaku di Jalan Tun Razak di sini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Siasatan segera akan dijalankan berhubung kejadian sebuah kereta yang didakwa dipandu dalam keadaan melulu di Jalan Tun Razak pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan dilakukan ke atas individu terbabit selepas kejadian itu tular.

"Polis mengesan satu video kejadian perselisihan faham antara dua pemandu kereta yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

"Maklumat boleh disalurkan kepada IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999," katanya.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan tindakan yang menyalahi peruntukan undang-undang.

Pada Ahad, tular video berdurasi tiga minit memaparkan tindakan pemandu sebuah kereta jenis Proton Persona bertindak memandu melulu dipercayai berlaku di Jalan Tun Razak.

Artikel Berkaitan: