Covid-19 makin 'mengganas', 22,802 kes baharu hari ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kes baharu Covid-19 kekal trend meningkat dengan 22,802 kes direkodkan hari ini, sekali gus menjadikan kes kumulatif melebihi tiga juta iaitu 3,019,163.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di media sosial hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, 99.54 peratus atau 22,698 kes adalah dalam kategori satu dan dua manakala baki 104 kes atau 0.46 peratus, berada dalam kategori tiga, empat dan lima.

"Kategori satu adalah sebanyak 5,029 kes atau 22.05 peratus; kategori dua 17,669 kes (77.49 kes); kategori tiga, 82 kes (0.36 peratus); kategori empat, 14 kes (0.06 peratus) dan kategori lima, lapan kes (0.04 peratus),” katanya.

Kategori satu dan dua merujuk kepada pesakit yang tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan, kategori tiga melibatkan jangkitan paru-paru, kategori empat membabitkan jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen, manakala kategori lima adalah kritikal, organ rosak serta memerlukan bantuan ventilator. - Bernama

Oleh itu, pada 12 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 22,802 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,019,163 kes.

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 12, 2022

Artikel Berkaitan: