Maut langgar lori roti

Keadaan kenderaan mangsa yang terperosok di bahagian belakang sebuah lori muatan roti.
Keadaan kenderaan mangsa yang terperosok di bahagian belakang sebuah lori muatan roti.
A
A
A

TAPAH - Seorang lelaki maut selepas pacuan empat roda dipandu terperosok di bahagian belakang sebuah lori muatan roti di Kilometer 312.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pada Jumaat.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, Shaik Shafiq Shaik Abdul Halim, 31, beralamat dari Pulau Pinang, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati, kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang sebuah lori dari arah sama.

Menurutnya, pelanggaran mengakibatkan mangsa tersepit dan mengalami kecederaan parah.

"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.

"Pemandu lori berusia 53 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Beliau berkata, kenderaan terlibat masing-masing mengalami kesan remuk teruk di bahagian hadapan dan belakang telah ditahan bagi tujuan pemeriksaan Puspakom.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: