Amaran ribut petir, hujan lebat di 10 negeri

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan hingga jam 9 malam ini.
MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan pada jam 5.35 petang memaklumkan cuaca itu dijangka melanda seluruh Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka, manakala di Kedah melibatkan Bandar Baharu, Kulim, Kuala Muda, Baling, Sik, Yan dan Pendang.
Amaran sama turut dikeluarkan di Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut Matang, Selama, Kerian, Kampar, Perak Tengah, Manjung, Hilir Perak, Bagan Datuk dan Kinta) dan Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Maran, Temerloh, Pekan, Rompin, Bera, Raub dan Bentong).
Di Selangor amaran dikeluarkan melibatkan kawasan Hulu Langat, Gombak, Petaling, Sepang, Klang dan Kuala Langat dan di Johor, melibatkan Segamat dan Mersing.
Sementara itu, di Sarawak, kawasan terlibat ialah Samarahan (Asajaya dan Samarahan), Miri (Marudi), Limbang, Kapit (Song), Sri Aman (Lubok Antu) manakala di Sabah meliputi Pedalaman (Beaufort, Kuala Penyu dan Sipitang), Kudat (Kota Marudu), Pantai Barat (Kota Belud).- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
