Digugurkan jawatan, Mohd Khairuddin terus istiqamah

A
A
A

SHAH ALAM – Selepas digugurkan daripada jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali menyatakan pendirian untuk terus istiqamah dalam perjuangan parti itu.

Beliau sebelum ini yang turut digugurkan daripada Ahli Jawatankuasa Pas turut memberitahu akan terus bersabar dengan ujian tersebut.

“Terus bersabar dengan ujian dan terus istiqamah dengan perjuangan. Mentari dan bulan akan terus menyinari perjuangan Islam ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Jumaat.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilapor mengesahkan pengguguran Mohd Khairuddin daripada jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas berkuat kuasa Khamis.

Abdul Hadi berkata, pengguguran Mohd Khairuddin itu telah diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat pada Rabu berikutan masalah disiplin.

Pada 12 Januari lalu, bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu digugurkan sebagai Ahli Jawatankuasa Pas selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.

Artikel Berkaitan: