Mohd Khairuddin digugurkan sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas

Abdul Hadi ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
Abdul Hadi ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila di sini pada Jumaat.
A
A
A

MARANG - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali digugurkan daripada jawatan Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas berkuat kuasa Khamis.

Pengguguran bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas itu disahkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan telah diputuskan dalam mesyuarat Pas Pusat pada Rabu berikutan masalah disiplin.

"Oleh kerana pelantikan beliau dalam Majlis Syura dibuat Jawatankuasa Pas Pusat, maka Pas Pusat membatalkan pelantikan itu.

"Oleh itu beliau bukan lagi Setiausaha Majlis Syura Pas berkuatkuasa semalam (Khamis)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, di sini pada Jumaat.

Jelas Abdul Hadi, Mohd Khairuddin kini hanya ahli Pas tanpa memegang jawatan tertinggi dalam parti.

Pada 12 Januari lalu, bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu digugurkan sebagai AJK Pas selepas kira-kira dua bulan dilantik memegang jawatan itu.

Mohd Khairuddin sebelum ini tersingkir ketika pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas bagi sesi 2021-2023 yang dijalankan ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-67 pada 7 November lalu.

Beliau bagaimanapun dilantik semula sebagai AJK Pas pada 23 November lalu.

Artikel Berkaitan: