Bot nelayan tempatan ditahan

Bot nelayan tempatan bersama lima kru warga asing yang ditahan di muara Sungai Kuantan di sini pada Rabu.
Bot nelayan tempatan bersama lima kru warga asing yang ditahan di muara Sungai Kuantan di sini pada Rabu.
A
A
A

KUANTAN - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 3 menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama lima kru warga asing atas tiga kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

Bot terbabit ditahan di muara Sungai Kuantan kira-kira jam 5.45 petang pada Rabu oleh anggota bot ronda yang sedang menjalankan rondaan operasi Ops Gelora Bersepadu bersama Jabatan Perikanan Negeri Pahang.

Komander PPM Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Norzaid Muhammad Said berkata, hasil pemeriksaan ke atas bot kelas C itu mendapati permit kerja bagi lima kru warga asing tersebut telah tamat tempoh.

Menurutnya, turut dikesan kesalahan menggunakan pukat dengan saiz mata tidak mengikut spesifikasi ditetapkan selain alat pemadam api telah tamat tempoh.

"Bot terbabit bersama kru ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Norzaid berkata, bot terbabit dibawa ke jeti PPM Wilayah 3 di sini untuk tindakan lanjut manakala kru yang ditahan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Perikanan Negeri Pahang untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: