SMK Telok Mas jadi pusat pembangunan sukan ragbi di Melaka

Hameed (kanan) dan Rais memegang bola ragbi selepas majlis perasmian Akram di Ayer Keroh, pada Rabu.
Hameed (kanan) dan Rais memegang bola ragbi selepas majlis perasmian Akram di Ayer Keroh, pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Akademi Ragbi Majlis Sukan Sekolah Negeri Melaka (Akram) memilih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas sebagai pusat pembangunan kecemerlangan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) Melaka.

Exco Pendidikan dan Teknologi, Datuk Rais Yasin berkata, ia merupakan akademi ragbi pertama di Melaka dan diwujudkan dua tahun lalu di bawah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Menurutnya, pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima yang berminat dalam sukan ragbi boleh menyertainya melalui pemilihan yang diadakan setiap tahun.

Katanya, biarpun akademi itu direalisasikan ketika pandemik Covid-19, namun setakat ini telah mempunyai seramai 40 atlet membabitkan pelajar dari seluruh negeri bagi mengikuti latihan dijalankan.

"Seramai 40 orang atlet akan fokus dalam sukan ragbi ini dan saya harap ia menjadi pemangkin kepada sukan-sukan lain di Melaka.

"Saya juga menggalakkan sekolah-sekolah lain mengenal pasti sukan yang boleh diketengahkan melalui MSSN supaya boleh membantu pelajar dalam kemajuan sukan," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian Akram di Ayer Keroh di sini, pada Rabu.

Hadir sama, Presiden Ragbi Melaka Datuk Hameed MK Basheer.

Beliau berkata, pengoperasian akademi meliputi kejurulatihan, pengurusan prasaran sukan, kebajikan atlet dan laluan selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat diberikan keutamaan ke arah pencapaian matlamat.

Artikel Berkaitan: