17,134 kes baharu Covid-19 hari ini

Noor Hisham
Noor Hisham
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Negara terus merekodkan peningkatan mendadak dalam penularan baharu Covid-19 dengan 17,134 kes dilaporkan pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 99.5 peratus atau 17,048 kes merupakan kategori satu dan dua.

"Selebihnya, 86 kes (0.5 peratus) terdiri daripada kategori tiga hingga lima," katanya.

Menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kes kategori tiga hingga lima, beliau berkata,

58 kes merupakan kategori tiga, 24 kategori empat dan empat kes kategori lima.

"Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 2,956,332," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, sebanyak 130 kes import membabitkan 73 rakyat tempatan dan 57 warga asing.

"Penularan dalam negara adalah 17,004 yang terdiri daripada 16,601 pesakit tempatan dan 403 warga asing," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan 5,681 kes sembuh sekaligus jumlah kumulatif, 2,829,752 kes.

"Terdapat 15 kluster baharu Covid-19 dikenalpasti menjadikan jumlah keseluruhannya, 6,541 kluster," katanya.

Daripada jumlah itu, kata Dr Noor Hisham, 6,156 kluster telah tamat dan 385 lagi masih aktif.

Sementara itu pada perkembangan sama, 185 kes positif Covid-19 disahkan varian Delta dan 95 Omicron.

"Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dijangkiti oleh virus SARS-CoV-2 yang dikategorikan sebagai varian membimbangkan (VOC) dan varian berkepentingan (VOI) adalah 7,398 kes," katanya.

Daripada jumlah yang dikesan tersebut, 7,378 kes adalah VOC manakala 20 kes adalah VOI.