Covid-19: 13 kematian baharu dilaporkan

KKM melaporkan 13 kematian baharu akibat Covid-19 pada Selasa. - Foto fail Bernama
KKM melaporkan 13 kematian baharu akibat Covid-19 pada Selasa. - Foto fail Bernama
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 13 kematian baharu akibat Covid-19 pada Selasa.

Daripada jumlah tersebut, tiga kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Menurut data KKM di portal CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,056 orang daripada lebih 2.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Dalam pada itu, terdapat 83,071 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 73,405 individu dikuarantin di rumah manakala 4,958 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data KKM itu turut menunjukkan bahawa sebanyak 4,570 kes dirawat di hospital dan 138 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU pula membabitkan 67 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 71 lagi memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan: