Upah RM100 edar dadah

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri (tengah) dan pegawai-pegawai menunjukkan dadah berjumlah 9,000 biji dianggarkan bernilai RM90,000.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri (tengah) dan pegawai-pegawai menunjukkan dadah berjumlah 9,000 biji dianggarkan bernilai RM90,000.
A
A
A
TUMPAT - Cubaan pertama seorang pemuda mengambil upah RM100 bagi menghantar 1,000 bekalan pil kuda kepada pelanggan di sekitar daerah ini menjerat dirinya apabila dia diberkas polis di Wakaf Bharu di sini pada Ahad lalu.

Suspek berusia 27 tahun beralamat di sebuah pondok di Kampung Geting, di sini, ditahan pada jam 4.30 petang.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota dan pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) menyerbu suspek yang dilihat berada di atas sebuah motosikal jenis Yamaha Ego dalam keadaan mencurigakan di tepi bangunan pasar raya di Wakaf Bharu di sini.

“Pemeriksaan tubuh badan terhadap suspek mendapati satu bungkusan berwarna kekuningan di dalam genggaman tangan kirinya.

“Hasil pemeriksaan dalam bungkusan itu mengandungi 1,000 butir pil kuda dianggarkan seberat 100 gram bernilai RM10,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini pada Selasa.

Ujar beliau, keterangan awal suspek mendapatinya menganggur manakala urin terhadapnya dapati negatif dadah.

“Suspek mengaku pertama kali membantu seorang lelaki menghantar bekalan dadah kepada pembeli sekitar Tumpat dengan upah RM100.

“Suspek ditahan selama tujuh hari bermula Isnin sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar dadah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, seorang lelaki yang dibebaskan daripada Langkah–Langkah Pencegahan Khas (LLKP) 1985 dua tahun lalu, ditahan dalam serbuan berasingan kerana mengedar 8,000 pil kuda yang dianggarkan bernilai RM80,000.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, suspek lelaki berusia 29 tahun yang juga penganggur itu ditahan di Pasir Pekan pada jam 9.30 malam hari sama.

“Semakan terhadap suspek mendapati dia mempunyai empat rekod lampau bersabit kesalahan dadah dan pernah dikenakan perintah LLKP selama dua dua tahun bermula tahun 2018.

“Suspek dipercayai bermula dengan kegiatan kecil-kecilan dan kini mengedar kepada pembeli di Tumpat dan daerah-daerah lain,” katanya.

Tambah beliau, suspek turut ditahan reman selama tujuh hari bermula Isnin sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar dadah.