Tiga remaja ditahan terlibat dadah

Peralatan menghisap dadah yang dirampas daripada remaja berkenaan.
Peralatan menghisap dadah yang dirampas daripada remaja berkenaan.
A
A
A

BALIK PULAU - Tiga remaja lelaki berusia 14 hingga 17 tahun ditahan kerana terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Taman Sri Indah di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, kesemua mereka ditahan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurutnya, polis turut menemui sejumlah dadah dan alat menghisap dadah.

"Polis merampas sebiji pil disyaki erimin 5 dan sebatang kaca berisi bahan disyaki dadah syabu seberat kira-kira 0.1 gram.

“Ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah, manakala dua daripadanya mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Katanya, kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya untuk tindakan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Artikel Berkaitan: