Lelaki warga asing ditahan seludup 172 kotak minuman keras

Seorang lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah kediaman di Taman Kim Chuan Pelabuhan Klang pada Isnin.
Seorang lelaki ditahan dalam serbuan di sebuah kediaman di Taman Kim Chuan Pelabuhan Klang pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki warga asing disyaki terlibat menjalankan penyeludupan minuman keras tidak bercukai dianggarkan bernilai RM28,116 ditahan dalam serbuan di sebuah kediaman di Taman Kim Chuan, Pelabuhan Klang pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, semakan lanjut mendapati lelaki berusia 45 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

"Hasil pemeriksaan lanjut di dalam dua kenderaan, kita menemui 172 kotak berisi minuman keras disyaki diseludup, kita turut merampas telefon bimbit suspek," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Rizal berkata, suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 dan Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Dalam pada itu, beliau memohon masyarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada Polis Diraja Malaysia berkaitan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang.

Artikel Berkaitan: