Warga emas maut langgar kerbau

Lokasi kemalangan membabitkan mangsa di Kilometer 5 Jalan Kuala Berang- Tanggol, Kampung Pulau Kudat pada Isnin.
Lokasi kemalangan membabitkan mangsa di Kilometer 5 Jalan Kuala Berang- Tanggol, Kampung Pulau Kudat pada Isnin.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang lelaki warga emas meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor kerbau di Kilometer 5 Jalan Kuala Berang- Tanggol, Kampung Pulau Kudat, di sini pada Isnin.

Ilias Awang, 76, dari Kampung Kuala Kejir disahkan meninggal dunia pada jam 9.06 malam ketika sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata, sebelum kejadian mangsa dilaporkan keluar pada jam 8.15 pagi untuk membeli sarapan di kedai makan di Kampung Pulau Kudat.

"Ketika tiba di lokasi, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX-5 gagal mengawal motosikal lalu melanggar seekor kerbau.

"Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah di kepala dan dihantar ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dirujuk ke HSNZ, Kuala Terengganu. Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia," katanya pada Selasa.

Menurut Mohd Adli, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: