Sarawak terus catat trend peningkatan kes baharu

Sarawak catat 84 kes baharu Covid-19 pada Isnin. - Gambar hiasan
Sarawak catat 84 kes baharu Covid-19 pada Isnin. - Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING - Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di Sarawak terus menyaksikan trend peningkatan ketara apabila 84 kes dicatatkan pada Isnin berbanding 58 yang dicatatkan pada Ahad.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan berkata, 83 daripada kes baharu ini melibatkan pesakit tidak bergejala atau bergejala ringan, manakala satu kes lagi melibatkan jangkitan paru-paru.

Sebanyak 45 kes dilaporkan di daerah Kuching, diikuti Sibu dengan 20 kes, Miri (sembilan), Serian (empat), Song (tiga), Bintulu (dua) dan Samarahan (satu), tiada kes baharu dilaporkan di 33 daerah lain di Sarawak.

Penambahan kes yang direkodkan pada Isnin telah menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sarawak kini adalah 252,087. - Bernama

Artikel Berkaitan: