Covid-19: 9 kematian baharu direkodkan, 2 BID

KKM melaporkan sembilan kematian baharu akibat Covid-19 pada Ahad.
KKM melaporkan sembilan kematian baharu akibat Covid-19 pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sembilan kematian baharu akibat Covid-19 pada Ahad.

Daripada jumlah tersebut, dua kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Menurut data KKM di portal CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,034 orang daripada lebih 2.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Dalam pada itu, terdapat 69,572 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 60,999 individu dikuarantin di rumah manakala 4,474 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data KKM itu turut menunjukkan bahawa sebanyak 3,962 kes dirawat di hospital dan 137 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU pula membabitkan 66 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 71 lagi memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan: