Suhu politik negara semakin meningkat

Majlis Pelancaran Jentera BN Wilayah Johor Barat di Stadium Tertutup Educity, baru-baru ini.
Majlis Pelancaran Jentera BN Wilayah Johor Barat di Stadium Tertutup Educity, baru-baru ini.
A
A
A

SUSULAN pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor suhu politik kelihatan berubah kepada lebih ‘hangat’ selepas beberapa pemimpin utama politik dilihat saling berbalas memberikan kenyataan mengenai parti lain.

Terbaharu, bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat mengeluarkan kenyataan menerusi media sosial masing-masing.

Muhyiddin pada Jumaat menjawab dakwaan Najib di Facebook mengenai pengkhianatan oleh Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang menjadi punca Muafakat Nasional (MN) gagal.

Presiden Bersatu itu menjelaskan bahawa tidak ada satu pun kerusi di mana calon daripada partinya melawan UMNO pada PRN berkenaan.

Kenyataan Muhyiddin disusuli dengan hantaran di Facebook Najib berkaitan dengan penafian berkaitan menamakan calon Bersatu sebagai Ketua Menteri Sabah pada cari pencalonan.

Sementara itu pada 28 Januari lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kesal dengan tindakan segelintir pemimpin UMNO yang didakwa seolah-olah lupa diri walaupun Pas bertungkus lumus menyelamatkan mereka selepas tewas pada PRU14.

Beliau menyifatkan bahawa tindakan UMNO sebagai tidak bermoral kerana mereka bersama-sama di dalam MN.

Apa yang diperkatakan oleh Abdul Hadi itu kemudiannya mendapat respons daripada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan bahawa UMNO dan Pas sama-sama ‘lemas’ pada PRU14 dan tidak timbul soal parti mana yang menyelamatkan parti lain.

Artikel Berkaitan:

Tidak ketinggalan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri secara sinis berkata dia banyak mengikuti wawancara dan ucapan Presiden Pas itu dan banyak kiasan berkaitan haiwan digunakan.

Berdasarkan kepada situasi, dapat disimpulkan bahawa kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin parti ini ada kaitannya dengan pergolakan politik antara UMNO, Pas dan Bersatu.

Tidak mustahil, akan ada lebih banyak siri dakwaan dilontarkan dalam kalangan parti-parti terlibat pada PRN Johor nanti.