Kiub emas tulen 'muncul' di bandar raya New York

Orang ramai menyaksikan kiub emas tulen yang diletakkan di Central Park, New York.
Orang ramai menyaksikan kiub emas tulen yang diletakkan di Central Park, New York.
A
A
A

NEW YORK - Seorang artis seni melakukan tindakan berani apabila meletakkan sebuah kiub emas tulen seberat 186 kilogam (kg) untuk tontonan orang ramai di Central Park, New York.

Daily Mail melaporkan, kiub tersebut dibuat daripada emas tulen 24 karat dan artis seni dari Jerman, Niclas Castello mengambil masa lebih 4,500 jam untuk menyiapkan hasil seninya itu.

Jika emas itu tulen, keseluruhan hasil seni itu dianggarkan bernilai AS$11.7 juta (RM48.9 juta) dengan mengikut harga pasaran semasa.

Namun, demi menjaga keselamatan hasil seni itu, sebuah pasukan keselamatan telah ditempatkan di bahagian selatan taman terbabit untuk mengelakkan ia dicuri.

Sebenarnya, tujuan kiub emas diletakkan Castello adalah bagi mempromosikan matawang kripto miliknya iaitu 'Castelo Coin'.

Castello berdiri sebelah kiub emas tulen seberat 186kg. - Agensi
Castello berdiri sebelah kiub emas tulen seberat 186kg. - Agensi

"Tidak pernah dalam sejarah kemanusiaan memperlihatkan emas sebesar ini digabung ke dalam sebuah objek dan emas merupakan sejenis logam kekal yang menjadi simbol kepada matahari, cahaya dan kebaikan,” kata Castello.

Karya yang dinamakan Castelo CUBE telah dihasilkan di Art Foundry H Ruetschi di Aarau, Switzerland dan memerlukan kemahiran tinggi bagi menampung isi padu emas tulen ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, kiub terbabit hanya diletakkan selama sehari bagi mengetengahkan hasil karyanya yang jarang dilihat di seluruh dunia. - Agensi