Dua kanak-kanak nyaris rentung, kedai jahit terbakar

Keadaan kedai jahit yang terbakar dalam kejadian di Kampung Pengadang Baru, di Kuala Terengganu. Foto: Ihsan pembaca
Keadaan kedai jahit yang terbakar dalam kejadian di Kampung Pengadang Baru, di Kuala Terengganu. Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua kanak-kanak nyaris rentung dalam kebakaran sebuah kedai jahit dua tingkat di Kampung Pengadang Baru, di sini pada Khamis.

Pemilik kedai, Murati Embong, 64 berkata, ketika kejadian kira-kira jam 1.10 petang itu, cucunya berusia tujuh tahun sedang bermain dengan rakan sebayanya yang merupakan anak salah seorang jiran.

"Waktu itu saya tiada di kedai. Saya hanya dapat panggilan daripada anak memberitahu kedai terbakar. Perasaan ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Saya cemas dan bimbang sebab cucu dan kawannya ada dalam kedai.

Murati
Murati

"Saya tak sempat bertanya lanjut sebab anak dah matikan telefon. Waktu sampai di kedai saya nampak bomba sudah ada dan cucu juga selamat," katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis.

Menurut Murati, dua kanak-kanak itu sempat diselamatkan orang awam yang kebetulan berada berhampiran lokasi berkenaan.

Murati berkata, dia menjangkakan kerugian yang dialami hampir RM300,000.

Sementara itu, Komandan Operasi, PBT 1, Yusmizal Yusof berkata, bangunan kedai itu terbakar sepenuhnya dan anggota bomba mengambil masa empat minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan berdekatan.

Artikel Berkaitan:

"Kebakaran merebak dengan cepat mungkin kerana kedai tersebut kedai jahit dan banyak pakaian disitu selain keadaan cuaca panas dan angin kuat.

"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.