Lima 'superman' ditahan di LPT2

Lima lelaki yang ditahan kerana menunggang motosikal secara merbahaya di LPT 2 dekat Hentian R&R Bukit Besi, Dungun.
Lima lelaki yang ditahan kerana menunggang motosikal secara merbahaya di LPT 2 dekat Hentian R&R Bukit Besi, Dungun.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Lima lelaki yang menunggang motosikal secara berbahaya ditahan di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) dekat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bukit Besi, Dungun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, kesemua mereka berusia 17 hingga 23 tahun itu ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan pada Isnin.

Beliau berkata, kelima-lima lelaki dari Besut itu didapati menunggang motosikal sambil meniarap dengan kedua-dua kaki melunjur ke belakang selari dengan meter motosikal ala 'Superman'.

"Hasil pemeriksaan juga mendapati empat daripada mereka tidak memiliki lesen memandu yang sah," katanya disini, pada Rabu.

Ismail berkata, kelima-lima lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

"Seorang daripada mereka ditahan di bawah Seksyen 108(3) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya.

Beliau berkata, hasil ujian urin mendapati kesemua suspek bebas daripada pengaruh dadah.

Artikel Berkaitan: