Kemas kini permohonan KISS atau nama digugurkan!

Siti Mariah
Siti Mariah
A
A
A
SHAH ALAM - Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan, Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud memaklumkan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) kekal sehingga tahun hadapan.

Beliau mengingatkan pemohon perlu mengemas kini permohonan melalui e-kasih bagi membolehkan penerima terus kekal menerima bantuan tersebut.

"Ia adalah mengikut keperluan dan kebertanggungjawaban pemohon untuk telus dalam memberikan maklumat diri kepada setiap permohonan program bantuan yang disediakan kerajaan negeri.

"Jika tak memohon di bawah e-kasih, nama mungkin digugurkan pada tempoh masa separuh tahun akan datang,” katanya dipetik Selangor Kini.

Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan mulut di Sidang Dun Selangor hari ini.
Artikel Berkaitan:


KISS program diperkenalkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa Bajet Selangor 2018 memperuntukkan bantuan bulanan RM200 kepada suri rumah.

Program itu diteruskan dengan peruntukan RM50 juta diumumkan Menteri Besar, Amirudin Shari pada sesi Bajet Selangor 2019 baru-baru ini.