Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung hampir padam sepenuhnya

Keadaan tapak pelupusan sampah Pulau Burung selepas kebakaran berjaya dipadamkan keseluruhan pada Isnin.
Keadaan tapak pelupusan sampah Pulau Burung selepas kebakaran berjaya dipadamkan keseluruhan pada Isnin.
A
A
A

NIBONG TEBAL - Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Jalan Byram di sini dilaporkan hampir padam sepenuhnya pada petang Isnin.

Exco Alam Sekitar dan Kebajikan Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata, berdasarkan perkembangan itu kerja-kerja pemadaman akan diteruskan oleh anggota Majlis Bandaraya Seberang Perai dan syarikat pengendali tapak pelupusan sampah, PLB Terang Sdn Bhd.

"Pengerusi Bencana Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) memaklumkan kini 98 peratus kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung dapat dipadamkan.

"Oleh itu, Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) akan ‘standown’ pada jam 5.30 petang pada Isnin namum Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) SPS akan terus beroperasi," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Tapak Pelupusan Sampah Pulau Burung, Jalan Byram di sini dilapor terbakar pada kira-kira jam 5 petang, 10 Januari lalu membabitkan kawasan seluas lebih 8,000 meter persegi.

Berikutan itu, yapak pelupusan sampah Pulau Burung diisytiharkan sebagai kawasan bencana Tahap 1 berdasarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas kawasan kebakaran di situ mencemari kawasan sekitar dan berisiko terhadap kesihatan.

Akibat kejadian itu juga, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) akan dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Saujana Indah dan SK Bakap Indah bagi memindahkan penduduk Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru, di sini kerana berdepan masalah pencemaran udara.

Artikel Berkaitan: