Jana pendapatan sambil kurangkan sampah menerusi Program Sidina

Loy Sian merasmikan pembukaan Pusat Kitar Semula Pintar Adenium pada Sabtu.
Loy Sian merasmikan pembukaan Pusat Kitar Semula Pintar Adenium pada Sabtu.
A
A
A

HULU SELANGOR - Program Sisa Jadi Dana (Sidina) oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berjaya mengumpul lapan tan barangan kitar semula sejak dilaksanakan Ogos tahun

Unit media MPHS dalam satu kenyataan berkata, program kitar semula itu berjaya menyelamatkan 2.5 tan karbon dioksida daripada dilepaskan ke udara.

Menurut kenyataan itu, program itu adalah usaha mengekalkan kelestarian alam sekitar di samping menjana pendapatan melalui amalan kitar semula menerusi konsep 'Waste to Wealth'.

"Matlamat akhir program Sidina adalah sampah ke tapak pelupusan dikurangkan dan rakyat dapat menjana pendapatan daripada aktiviti kitar semula.

"Seterusnya dana yang diperolehi digunakan untuk membayar cukai taksiran. Dalam kata lain, bayar cukai guna sampah," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Kenyataan itu menyebut, Sidina telah beroperasi di lima lokasi projek rintis itu iaitu Kuala Kubu Bharu, Perumahan Desa Melor Serendah, Perumahan Adenium Bukit Beruntung, Perumahan Jalan Inai Bukit Beruntung dan Taman Rajawali Kalumpang.

Pada Sabtu, Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau & Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian merasmikan Pusat Kitar Semula Pintar Adenium.

Tambah kenyataan itu, pusat itu merupakan elemen utama bagi mengembangkan program Sidina berlandaskan objektif kerajaan negeri menerusi Pelan Tindakan Pintar Selangor 2025.

Artikel Berkaitan: