PKPS main peranan penting kembangkan industri pertanian di Selangor

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memainkan peranan penting dalam perkembangan industri pertanian khususnya kepada golongan petani dan peniaga kecil di Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, PKPS telah berkembang daripada sebuah organisasi yang hanya menumpukan penanaman kelapa sawit kepada bidang korporat komersial sepanjang 50 tahun penubuhannya.

Menurutnya, PKPS terus melaksanakan evolusi dan kini menerokai pertanian moden menerusi 'precision agriculture' serta 'smart farming'.

"Inilah yang saya sering kali tekankan berkenaan keperluan untuk beradaptasi, terus cekal, bingkas dan tangkas dalam menjalani dunia yang serba 'agile' kini," kata Amirudin dalam satu hantaran di Facebooknya pada Sabtu.

Beliau dalam masa sama turut mengucapkan tahniah kepada PKPS atas sambutan Jubli Emas baru-baru ini.

Jelasnya, pandemik Covid-19 yang melanda baru-baru ini menyaksikan kepentingan isu jaminan bekalan makanan ataupun ‘food security’.

"PKPS akan terus menerajui usaha menjamin bekalan makanan buat rakyat Selangor khususnya agar negeri ini terus makmur dan sejahtera," katanya.

Artikel Berkaitan: