Felda tiada sebarang kaitan dengan Felda Invest

Felda menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat Felda Invest, iaitu satu entiti klon yang tersenarai dalam amaran Senarai Peringatan Pelabur dikeluarkan Suruhanjaya Sekuriti.
Felda menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat Felda Invest, iaitu satu entiti klon yang tersenarai dalam amaran Senarai Peringatan Pelabur dikeluarkan Suruhanjaya Sekuriti.
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) menegaskan bahawa agensi tersebut tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat Felda Invest, iaitu satu entiti klon yang tersenarai dalam amaran Senarai Peringatan Pelabur dikeluarkan Suruhanjaya Sekuriti baru-baru ini.

Felda dalam satu kenyataan memaklumkan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada pada Khamis bagi memelihara kepentingan nama baik dan integriti agensi berkenaan.

“Felda akan meneruskan tindakan undang-undang sekiranya entiti ini masih aktif dan bergerak menggunakan nama Felda secara tidak sah.

“Felda menyeru kepada pelabur, warga Felda serta masyarakat awam untuk tidak terlibat dengan sebarang tawaran daripada entiti ini yang secara terang-terangan telah menyalahgunakan nama Felda untuk kepentingan sendiri.

“Felda juga menyokong usaha Suruhanjaya Sekuriti sebagai pengawal selia pasaran modal Malaysia yang mengeluarkan amaran ini bagi melindungi pelabur,” menurut kenyataan itu pada Khamis.

Pada sama sama, agensi pembangunan tanah pertanian itu turut menyatakan bahawa Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) adalah syarikat milikan penuh Felda yang sah dan ia tidak mempunyai kaitan dengan Felda Invest.

Artikel Berkaitan: