Terengganu pantau ajaran 'mimpi' lelaki Pakistan

Laporan Sinar Harian mengenai ajaran mimpi lelaki dari Pakistan pada Khamis.
Laporan Sinar Harian mengenai ajaran mimpi lelaki dari Pakistan pada Khamis.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMAS KINI] Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) kini memantau ajaran baharu yang menggunakan nama Gerakan Akhir Zaman (Gaza) daripada menular ke negeri itu.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Syariah JHEAT, Mohd Adnan Abdullah berkata, siasatan dan pemantauan akan dilakukan dari masa ke masa walaupun belum ada sebarang laporan mengenainya di negeri itu.

"Setakat ini di Terengganu tiada laporan mengenai ajaran ini namun kita akan terus memantau semua jenis ajaran yang meragukan.

"Kita juga sedang berjaga-jaga dan akan memastikan semua ajaran menyesatkan orang ramai serta meragukan dapat dikekang daripada berleluasa di negeri ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.

Mohd Adnan berkata, orang ramai diminta melaporkan kepada JHEAT sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan agama yang mengelirukan bagi mengelak lebih ramai individu terpesong.

Sinar Harian melaporkan sebuah kumpulan yang mengajak orang ramai untuk mempercayai seorang lelaki dari Pakistan menerusi mimpinya mengenai akhir zaman telah mula bertapak di negara ini.

Kumpulan berasal dari Indonesia dan dikatakan sedang membuat persiapan untuk akhir zaman berdasarkan mimpi Muhammad Qasim Abdul Karim yang mendakwa hanya mengikut kehendak ALLAH SWT di dalam mimpinya.

Artikel Berkaitan: