Terbuka Australia: Swiatek bangkit singkir Kanepi

Iga Swiatek - Foto AFP
Iga Swiatek - Foto AFP
A
A
A

BINTANG tenis Poland yang juga pemain nombor lapan dunia, Iga Swiatek bangkit dari ketinggalan satu set untuk mara ke separuh akhir Terbuka Australia apabila menewaskan pemain veteran, Kaia Kanepi di Melbourne.

Pemain berusia 20 tahun itu menewaskan pemain bukan pilihan dari Estonia berusia 30 tahun itu 4-6, 7-6 (7/2), 6-3 dalam aksi berintensiti tinggi selama tiga jam dan satu minit.

"Perlawanan ini gila. Pada set pertama kesilapan saya ialah terlalu mengikut rentak lawan sehingga terlepas beberapa peluang meraih mata.

"Sepatutnya saya fokus kepada perlawanan, namun saya gembira apabila kembali semula dalam permainan pada set kedua," kata Swiatek.

Kemenangan itu menyaksikan Swiatek bakal bertemu Danielle Collins untuk perebutan tiket ke final selepas pilihan ke-27 itu menumbangkan pemain dari Perancis, Alize Cornet 7-5, 6-1.

Artikel Berkaitan: