Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan momentum cemerlang mereka pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2023 untuk mara ke separuh akhir. - Foto EPA
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan momentum cemerlang mereka pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2023 untuk mara ke separuh akhir. - Foto EPA
A
A
A

BEREGU lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik meneruskan momentum cemerlang mereka pada kejohanan badminton Terbuka Indonesia 2023 untuk mara ke separuh akhir.

Pada aksi suku akhir pada Jumaat di Istora Senayan di sini, pasangan ketiga dunia itu menang straight set 21-10, 21-15 menewaskan beregu Jepun Akira Koga-Taichi Saito dalam tempoh 41 minit.

Ketika ditemui selepas perlawanan itu, Aaron berkata mereka bermain secara tenang dan mengekalkan 'game plan' untuk menang.

Menanti di separuh akhir esok ialah beregu tuan rumah Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan.

Ditanya mengenai peluang mereka pada aksi separuh akhir, Wooi Yik berkata: "Kami perlu meningkatkan fokus kerana di separuh akhir, semua pemain adalah terbaik.

"Pasti tidak mudah untuk semua dan kalau kami tidak bersedia, keputusan pasti tidak akan baik," katanya. - Bernama