X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

SPRM utuh, persepsi meningkat

Badlishah Sham Baharin
A
A

SHAH ALAM - Tindakan memperkasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) SPRM perlu dilaksanakan termasuk membebaskan institusi nombor satu pencegahan rasuah itu daripada pengaruh politik dan pihak eksekutif sekali gus persepsi terhadap gejala rasuah dan institusi tersebut dapat diperbaiki.

Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Badlishah Sham Baharin berkata, sekiranya kedudukan SPRM bebas daripada dua perkara tersebut, keyakinan orang ramai terhadap suruhanjaya itu pasti akan dapat dikembalikan manakala Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia meningkat.

Tegasnya, kedudukan SPRM yang bebas dan melakukan siasatan tanpa sebarang prejudis bakal mengembalikan perspektif positif masyarakat kepada badan tersebut setelah tercalar akibat beberapa kes yang berlaku sebelum ini.

"Saya yakin, persepsi orang ramai akan kembali meningkat sekiranya SPRM benar-benar bebas daripada pengaruh politik atau pihak eksekutif.

"Maka SPRM mesti bertindak bebas dan menjadi frontliner yang pertama memerangi rasuah sepenuhnya di negara ini.

"Dengan melakukan penyiasatan yang 'tip top', telus, berintegriti dan berkredibiliti, ia pastinya dapat mengembalikan semula imej atau persepsi baik masyarakat kepada SPRM," katanya.

Mengulas mengenai trend kejatuhan Malaysia CPI, Badlishah berkata perkara itu telah bermula sejak 2019 dan penurunan ke tangga 62 pada 2021 merupakan satu situasi yang sudah dijangkakanapabila banyak kes berprofil tinggi tercetus termasuk kes yang melibatkan kakitangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Apabila semua ini berlaku, maka kedudukan CPI negara pastinya akan mengalami penurunan kerana indeks tersebut dinilai daripada pihak pakar dan persepsi orang perniagaan dalam sektor awam.

"Atas sebab itu, saya secara peribadi tidak terkejut dengan kejatuhan negara dalam anak tangga CPI kepada 62 kerana ia sudah dijangkakan," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!