[VIDEO] Tanah mendap, lima kenderaan rosak
SERI KEMBANGAN - [DIKEMAS KINI] Sebanyak lima kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di sini rosak selepas tanah mendap berlaku di kawasan itu pada Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.38 petang.
"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba Serdang bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kita mendapati berlaku mendapan berhampiran longkang sehingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Norazam berkata, dilaporkan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu.
"Kita sedang menjalankan pemantauan di lokasi kejadian," katanya.
Kes kemalangan warga PDRM meningkat 14 peratus
26 April 2024 10:47amSamun warga asing: Lima anggota polis berdepan tindakan jabatan
26 April 2024 10:39amLelaki parah kereta terbabas langgar pokok
26 April 2024 10:34amStor seleweng minyak diesel kena serbu KPDN
26 April 2024 10:15amPeniaga maut dibunuh sekumpulan lelaki berparang
25 April 2024 09:26pmKWSP perkenal Akaun Fleksibel, keluar simpanan bila-bila masa
25 April 2024 12:10pmKanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
25 April 2024 05:13pm'Lepas ni dah tak dengar abang cakap terima kasih sayang' - Siti Aisyah
25 April 2024 04:44pmHina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
25 April 2024 04:29pm