Geran khusus untuk usahawan mikro terjejas banjir

Ismail Sabri mempengerusikan mesyuarat EAC yang turut disertai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed di pejabatnya pada Isnin.
Ismail Sabri mempengerusikan mesyuarat EAC yang turut disertai Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (kanan) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed di pejabatnya pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kerajaan mempertimbangkan geran khusus bagi meringankan beban ditanggung oleh usahawan mikro dan informal yang terjejas akibat banjir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, inisiatif tersebut akan diumumkan selepas ia diperhalusi dan dimuktamadkan.

"Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) hari ini bersetuju mempertimbangkan bantuan berbentuk geran khusus selain bantuan kewangan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut pada Isnin.

Ismail Sabri berkata, Kementerian Kewangan (MOF) akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), kementerian, agensi berkaitan serta dewan-dewan perniagaan bagi memperhalusi cadangan yang telah dibentangkan untuk pertimbangan kerajaan.

"Lawatan susulan ke lokasi yang dikenal pasti akan diadakan bagi memastikan program bantuan banjir perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) sampai ke kumpulan sasar," katanya.

Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia berjumlah RM1.4 bilion yang merangkumi bantuan tunai, pembaikan rumah dan fasiliti awam kepada mangsa banjir pada penghujung tahun lalu.

Artikel Berkaitan: